BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 26 Mac 2010

Eksplorasi Kelab Bomba

21 Mac 2010- Kumpulan kami telah menjalankan program eksplorasi kelab bomba pada hari ini. Program ini disertai seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada semua kumpulan. Sebanyak 9 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan pendaftaran peserta. Seterusnya aktiviti dimulakan dengan pengundian 'checkpoint' untuk setiap pasukan.
Pada pukul 9 aktiviti dimulakan, peserta dilepaskan dari Dewan Kuliah B ke setiap 'checkpoint'. Seramai 40 orang urusetia telah bekerjasama bagi menggerakkan program ini.
Pertandingan ini dimenangi pasukan dari kumpulan 5.Pasukan dari kumpulan 1 mendapat tempat kedua dan kelima daripada 9 pasukan yang menyertai eksplorasi ini. Majlis perasmian penutup program ini dirasmikan instruktor kumpulan 1,En. Arnaim Rafeez.

Sabtu, 20 Mac 2010

Persiapan Terakhir







Ahli Jawatankuasa Program Eksplorasi Kelab Bomba akan berlangsung esok, 21 Mac 2010. Persiapan terakhir telah dijalankan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Segala komitmen yang diberikan semua AJK amat penting bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Kepada semua AJK sila berkumpul di Dewan kuliah B pada pukul 8.00 pagi untuk taklimat akhir. Para peserta juga diminta hadir pada pukul 8.00 pagi dan berkumpul di Dewan kuliah B. Selamat berjuang pihak kami ucapkan kepada semua peserta.

Ahad, 14 Mac 2010

Seminggu lagi....Eksplorasi Kelab Bomba







Seminggu lagi Kelab Bomba bagi kursus Pengurusan ko akan mengadakan pertandingan ekpolorasi antara semua kumpulan bagi kelas pengurusan ko kumpulan C pada semester ini. Persiapan demi persiapan telah dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Kepada semua AJK, selamat menjalankan tugas dan kepada para peserta sila buat rujukan bagi soalan-soalan yang akan ditanya pada pautan blog ini untuk persediaan menjawab soalan-soalan yang akan ditanya pada hari pertandingan nanti. En. Anizan dan Semua instruktor dijemput hadir pada hari ahad akan datang (21 Mac) bagi memeriahkan program ini.

Isnin, 8 Mac 2010

eksplorasi satu UPSI







Pada hari sabtu, 6 Mac 2009, kumpulan 2 telah mengadakan satu eksplorasi yang telah berlangsung di sekitar kawasan kampus UPSI. Eksplorasi ini telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Sebanyak empat kumpulan telah menyertai eksplorasi ini yang terdiri daripada kumpulan 1,3,4 dan 5. setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang ahli. Terdapat lima check point yang perlu dilalui untuk menyelesaikan eksplorasi tersebut. Antara check point yang perlu dilalui ialah di rumah Za'ba, Bitarasiswa, Taman bunga belakang pejabat Suksis, Muzium dan akhir sekali di padang. Di setiap check point, kami dikehendaki mempersembahkan kata-kata semangat sebelum menjawab soalan dan memulakan sesuatu aktiviti.

Di setiap check point, kami akan dibekalkan dengan peralatan yang akan digunakan semasa tiba di garisan penamat. setibanya di garisan penamat, kami dikehendaki mendirikan sebuah khemah menggunakan peralatan yang dibekalkan. Dalam eksplorasi satu UPSI ini, kumpulan kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, kami berpuas hati kerana berjaya mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.

Ahad, 7 Mac 2010

Perlawanan Futsal anjuran Kumpulan 4

















Perlawanan futsal yang diadakan pada 8 Mac 2010 bertempat di gelanggang futsal KUO telah disertai pasukan dari Kumpulan satu pengurusan ko semester ini. Kumpulan satu telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan seramai 20 orang peserta termasuk dua orang jurulatih dan dua orang pengurus pasukan.


Pasukan lelaki telah memenangi tempat ketiga menewaskan pasukan dari kumpulan tiga dengan penentuan sepakan penalti.Pasukan wanita pula kurang bernasib baik kerana bertembung dengan pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sains kejurulatihan. Namun pujian harus diberikan kepada pasukan perempuan kumpulan satu kerana mereka hanya kalah tipis dengan jaringan 2-1 walaupun kebanyakannya tidak pernah bermain futsal.Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Isnin, 11 Januari 2010

Minggu Kedua (5 Januari 2010)

Mesyuarat Perlembagaan

1.Memberi nama pertubuhan dan alamat rasmi
2.Membentuk matlamat dan objektif pertubuhan

Minggu Pertama(29 Disember 2009)

1-Pemilihan Unit beruniform Kadet Bomba sebagai tugasan
2-Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa

Senarai Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi : Solihin Bin Abu Hassan
Timbalan Pengerusi : Muhammad Rasyid
Setiausaha : Nurul Shifa Binti Abidin
Penolong Setiausaha : Noradila Binti Ismail
Bendahari : Siti Aaisyah Binti Ismail
Penolong Bendahari : Nor Hazuwani Binti Hamzah
AJK
Persediaan : Ruhaidah Binti Dia
Hadiah : Syarifah Nur Syaimaa Binti Haja Maiden
Peralatan : Mohammad Kodri Bin Abd Malik


AJK Program Eksplorasi

Pengarah Program: Muhammad Syahril Bin Abu Bakar
Timb. Pengarah Program: Muhamad Hisyamudin Bin Ahmad Sinari
AJK Protokol: Siti Azimah Binti Mohd Hanafi
Toibahtul Sulastri Binti Kodri
AJK Persediaan: Noreha Binti Ali
Nor Atmam Nazihah
Muhammad Rasyid
AJK Hadiah: Sharifah Nur Syaimaa Binti Haja Maiden
Nurul Atiqah Binti Raman
AJK Aktiviti: Nazatul Anis Binti Ahmad Fauzi
AJK Peralatan: Mohd Kodri Bin Abd Malik
AJK Keselamatan: Mohd Hazrul Bin Suhaimi
AJK Teknikal: Mohd Yusop Bin Mohammad
AJK Makanan: Nur Fadilah Binti Suyadi
AJK Publisiti dan Media: Solihin Bin Abu Hassan
Norfatin Binti Jalil
AJK Pengangkutan: Nor Azizi Bin Abdollah