BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 26 Mac 2010

Eksplorasi Kelab Bomba

21 Mac 2010- Kumpulan kami telah menjalankan program eksplorasi kelab bomba pada hari ini. Program ini disertai seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada semua kumpulan. Sebanyak 9 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Acara dimulakan pada pukul 8 pagi dengan pendaftaran peserta. Seterusnya aktiviti dimulakan dengan pengundian 'checkpoint' untuk setiap pasukan.
Pada pukul 9 aktiviti dimulakan, peserta dilepaskan dari Dewan Kuliah B ke setiap 'checkpoint'. Seramai 40 orang urusetia telah bekerjasama bagi menggerakkan program ini.
Pertandingan ini dimenangi pasukan dari kumpulan 5.Pasukan dari kumpulan 1 mendapat tempat kedua dan kelima daripada 9 pasukan yang menyertai eksplorasi ini. Majlis perasmian penutup program ini dirasmikan instruktor kumpulan 1,En. Arnaim Rafeez.

0 ulasan: