BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 8 Mac 2010

eksplorasi satu UPSI







Pada hari sabtu, 6 Mac 2009, kumpulan 2 telah mengadakan satu eksplorasi yang telah berlangsung di sekitar kawasan kampus UPSI. Eksplorasi ini telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Sebanyak empat kumpulan telah menyertai eksplorasi ini yang terdiri daripada kumpulan 1,3,4 dan 5. setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang ahli. Terdapat lima check point yang perlu dilalui untuk menyelesaikan eksplorasi tersebut. Antara check point yang perlu dilalui ialah di rumah Za'ba, Bitarasiswa, Taman bunga belakang pejabat Suksis, Muzium dan akhir sekali di padang. Di setiap check point, kami dikehendaki mempersembahkan kata-kata semangat sebelum menjawab soalan dan memulakan sesuatu aktiviti.

Di setiap check point, kami akan dibekalkan dengan peralatan yang akan digunakan semasa tiba di garisan penamat. setibanya di garisan penamat, kami dikehendaki mendirikan sebuah khemah menggunakan peralatan yang dibekalkan. Dalam eksplorasi satu UPSI ini, kumpulan kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, kami berpuas hati kerana berjaya mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.

0 ulasan: