Jumaat, 26 Mac 2010
Eksplorasi Kelab Bomba
Sabtu, 20 Mac 2010
Persiapan Terakhir
Ahad, 14 Mac 2010
Seminggu lagi....Eksplorasi Kelab Bomba
Isnin, 8 Mac 2010
eksplorasi satu UPSI
Di setiap check point, kami akan dibekalkan dengan peralatan yang akan digunakan semasa tiba di garisan penamat. setibanya di garisan penamat, kami dikehendaki mendirikan sebuah khemah menggunakan peralatan yang dibekalkan. Dalam eksplorasi satu UPSI ini, kumpulan kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, kami berpuas hati kerana berjaya mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.
Ahad, 7 Mac 2010
Perlawanan Futsal anjuran Kumpulan 4
Perlawanan futsal yang diadakan pada 8 Mac 2010 bertempat di gelanggang futsal KUO telah disertai pasukan dari Kumpulan satu pengurusan ko semester ini. Kumpulan satu telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan seramai 20 orang peserta termasuk dua orang jurulatih dan dua orang pengurus pasukan.
Pasukan lelaki telah memenangi tempat ketiga menewaskan pasukan dari kumpulan tiga dengan penentuan sepakan penalti.Pasukan wanita pula kurang bernasib baik kerana bertembung dengan pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sains kejurulatihan. Namun pujian harus diberikan kepada pasukan perempuan kumpulan satu kerana mereka hanya kalah tipis dengan jaringan 2-1 walaupun kebanyakannya tidak pernah bermain futsal.Tahniah diucapkan kepada semua peserta.